Latar Belakang

Hello Dear =)

Assalamualaikum n good day..

Blog ini khas eksklusif untuk hasil kraftangan =)

update: 150513

With Love,
Noris Fabric

Rabu, 30 Jun 2010

~..Koleksi Baju Anie 2..~

 
Minat untuk menjahit manik kembali bersemarak pada tahun 2009..
Akhirnya inilah hasil jahitan pertama pada tahun 2010 yang dapat direalisasikan..
Baju oren dan hijau ini hanya dijahit pada bahagian tangan sahaja..
Semua ini adalah koleksi baju anie sendiri..
noris : ramai minat yang oren tu.. huhu.. alhamdulillah..

Selasa, 29 Jun 2010

~..Kerja Tangan Pertama..~

Baju ini hasil kerja tangan anie yang pertama..
Dibuat awal tahun 2006..
Baju kuning ini dijahit pada bahagian tangan dan badan..
Inilah hasilnya mula² berjinak dalam menjahit manik..
Jadi xdelah berape menarik sangat..
Asal ada jahit manik je.. Hehe..
 
noris : excited nak memulakan bisnes manik.. yehaaaaaa... 

~..Pembuka Bicara..~

Singgah mencari buah bidara
Untuk santapan para cendekia
Assalamualaikum pembuka bicara
Buat pengunjung noris manik yang setia

Alhamdulillah, pada 10 Jun 2010 anie akhirnya dapat membuat blog noris manik dan pada 24 Jun 2010 telah berjaya mendedikasikan latar belakang serta pautan yang menepati citarasa anie untuk tatapan pengunjung yang sudi menziarahi blog ini.

Bermulalah penerokaan anie (29 Jun 2010) di alam maya. Blog ini dicipta untuk memaparkan hasil kerja tangan anie yang tidak seberapa. Semoga mendapat tunjuk ajar daripada kakak² atau abang² yang lebih senior dan lebih berpengalaman dalam bidang kerja tangan menjahit manik ni yer.

Di samping itu, anie juga ingin meminta izin kepada semua kakak² atau abang² untuk menjadikan semua rekaan mereka sebagai inspirasi anie menjahit manik. Harap kakak² atau abang² menghalalkannya.

~..Selamat melayari blog noris manik..~