Latar Belakang

Hello Dear =)

Assalamualaikum n good day..

Blog ini khas eksklusif untuk hasil kraftangan =)

update: 150513

With Love,
Noris Fabric
Memaparkan catatan dengan label Manik Kain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manik Kain. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2011

~..Baju Izzatil Husna..~

 
 
  Ini baju penting dalam sejarah hidupnya..
Ingin dipakai semasa hari pernikahan..
Bertemakan kelabu..
Memang kaler ni jadi minat pengantin sejak akhir² inikan..
Ilham bunga semestinya kredit kilauan mustika..
Diindahkan dengan kelopak bunga kredit glamstarz..
Permintaan untuk menyerikan di bahagian tangan, badan dan kaki...
 
Izzatil husna : terpegun tengok hasilnya.. cantik..
Noris : baguslakan tuan badan suke.. berbunga² airmata di hati ni mendengarnya..

Isnin, 21 Februari 2011

~..Baju Kak Nora 2..~

 
 
Baju songket merah ini tidak perlu letak kain lace..
Lebih banyak perlu jahit pucuk rebung..
Lebih kurang cam songket kelabu juga jahit pucuk rebung..
Perlulah selidik dahulu rebung tu biar cantik susunan menaik turunnya..
Berapa kali jahit dan buka semula sebab xjumpa lagi tionnya..
Ini songket kawan pada nora..
Saya pun tidak kenal tuan baju nih..
Baju ini pun nak guna masa 26 Februari 2011..
Pengantin ada dua orang masa hari tersebut..
Disebabkan pulun nak bagi cepat siap dari tarikh yang dijanjikan..
Bersengkang mata lebih dari biasa..
Urusan rumahtangga pun jadi terbengkalai dek kerana penangan 2 pasang baju songket ini..
Ini ajelah yang termampu terdaya di hasilkan..
 
noris : inginkan extra tapi masa diberi sangatlah terhad.. sekiranya inginkan yang terbaik dari tempat sebelum ini atau ingin membandingkan hasil kerja, dipersilakan menghantar kepada beaders yang lain, saya tidak akan mempertikai..
kak nora : inginkan lebih extra jahitan seperti tempat yang pernah dihantar..

Ahad, 20 Februari 2011

~..Baju Kak Nora..~

 
 
 
Pertama kalinya saya menerima tempahan yang memerlukan lace dijahit..
Walau xpernah buat tapi cuba belajarlah..
Ilmu barukan..
Rumit juga rupanya yer..
Nak Adjust kasi tersusun cantik..
Antara lace dan kain..
Antara corak bunga lace dan kain..
Perlu jahit jelujur dahulu sebelum jahit bagi kemas2 nampak cantik..
Otak lagi ligatlah kene berfikir..
Duduk pun jadi xtetap..
Masa diberi pula terhad maklum kendurinya 26 Februari 2011 ini..
 
noris : sesetengah orang akan tengok belakang baju bila tengok ada jahitan manik.. sesetengah orang xamik kisah pun.. macam2 ragam orang ni yer.. tapi saya cuba untuk tidak menampakkan manik di belakang baju bagi yang berlapisla kainnya..