Latar Belakang

Hello Dear =)

Assalamualaikum n good day..

Blog ini khas eksklusif untuk hasil kraftangan =)

update: 150513

With Love,
Noris Fabric

Isnin, 21 Februari 2011

~..Baju Kak Nora 2..~

 
 
Baju songket merah ini tidak perlu letak kain lace..
Lebih banyak perlu jahit pucuk rebung..
Lebih kurang cam songket kelabu juga jahit pucuk rebung..
Perlulah selidik dahulu rebung tu biar cantik susunan menaik turunnya..
Berapa kali jahit dan buka semula sebab xjumpa lagi tionnya..
Ini songket kawan pada nora..
Saya pun tidak kenal tuan baju nih..
Baju ini pun nak guna masa 26 Februari 2011..
Pengantin ada dua orang masa hari tersebut..
Disebabkan pulun nak bagi cepat siap dari tarikh yang dijanjikan..
Bersengkang mata lebih dari biasa..
Urusan rumahtangga pun jadi terbengkalai dek kerana penangan 2 pasang baju songket ini..
Ini ajelah yang termampu terdaya di hasilkan..
 
noris : inginkan extra tapi masa diberi sangatlah terhad.. sekiranya inginkan yang terbaik dari tempat sebelum ini atau ingin membandingkan hasil kerja, dipersilakan menghantar kepada beaders yang lain, saya tidak akan mempertikai..
kak nora : inginkan lebih extra jahitan seperti tempat yang pernah dihantar..

Ahad, 20 Februari 2011

~..Baju Kak Nora..~

 
 
 
Pertama kalinya saya menerima tempahan yang memerlukan lace dijahit..
Walau xpernah buat tapi cuba belajarlah..
Ilmu barukan..
Rumit juga rupanya yer..
Nak Adjust kasi tersusun cantik..
Antara lace dan kain..
Antara corak bunga lace dan kain..
Perlu jahit jelujur dahulu sebelum jahit bagi kemas2 nampak cantik..
Otak lagi ligatlah kene berfikir..
Duduk pun jadi xtetap..
Masa diberi pula terhad maklum kendurinya 26 Februari 2011 ini..
 
noris : sesetengah orang akan tengok belakang baju bila tengok ada jahitan manik.. sesetengah orang xamik kisah pun.. macam2 ragam orang ni yer.. tapi saya cuba untuk tidak menampakkan manik di belakang baju bagi yang berlapisla kainnya..

Selasa, 15 Februari 2011

~..Baju Prof. Madya Dr. Huzaimah 5..~

 
 
Pernah nampak design ni di blog saya??
Sebenarnya ia sama dengan entry..
"..baju prof. madya asmak 3.."
Tetapi saya buat kelainan pada bunganya dan mengurangkan kelopak bunga..
Biar ada perbezaan sedikit..
Secara peribadi saya suka dengan warna kainnya..
Ditambah pula bila dah siap ada manik..
Makin bertambah sweetnya..
Tenang je.. Rasa xpuas tengok.. 
Huhu..Berperasantan lagi..
Ini baju anaknya tau..
Anaknya nak pakai semasa konvokesyen uitm pada bulan mac nanti..
Wahhh! berkerlipan la semasa mengambil scrol.. Hehe..
 
noris : harap2 tuan baju suka..
prof madya dr huzaimah : cantik.. nak hantar tempah lagi..
anak prof madya dr huzaimah : suka sangat.. (alhamdulillah..)..

Sabtu, 12 Februari 2011

~..Baju Anak Kak Linda..~

 
 
 
Ini baju anaknya..
Kak linda nak hantar 2 pasang baju..
Tetapi yang sepasang lagi belum jadi baju lagi, masih mencari tailor..
Jahitla dulu baju ini.. 
Seperti yang diminta..
Nak design sama cam baju batik kuning + coklat saya..
Boleh rujuk entry "..koleksi baju anie.."
Tema warna kenalah sama dengan corak kainnya..
Nanti kontra sangat xcantikla pula..
Tetapi saya naikkan seri dengan meletakkan warna oren..
Jika tidak nanti nampak kusam pula..
Dah kurang menarik..
 
noris : risau apa reaksi kak linda..
 kak linda : sangat cantik, pastu bertanya bunga labuci ni dah siap jahit ke sebelum jahit di kain nih.. (huhu.. mana ada.. jahit satu2 la cantum jadikan bunga)
anak kak linda : cantik..

Rabu, 2 Februari 2011

~..Baju Kak Emy 3..~

Jeng jeng jeng.. Ini dia empunya badan.. Ayu gitu..
 
 
 
Bunga ditangan tu adaptasi daripada rekaan larrabeadslover..
Tetapi setelah siap jahit di rumah dan belek semula design asal berbeza pula saya menjahitnya..
Salah menelek rupanya.. Hahahaha.... (gelak besar)..
Nasib baik menjadi bunga tuh walaupun xtengok design asal masa menjahitnya (lege lam ati)..
Bunga asal larrabeadslover gune teknik daun susun tiga serangkai..
Apa pun kredit untuknya..
Baju ini memang sedia sudah ceria..
Ditambah pula dengan manik pintalan berlapis2 ni.. (perasantanla tuan tanah blog nih)..
Lagilah memancar serinya..
 
noris : memang suka sangat2 jahit pintal memintal ni..
kak emy : cantik sangat.. masa pergi kenduri kahwin sepupu pada 3 februari 2011 cuti umum tahun baru cina semua puji cantik.. pergi pula majlis besar di uitm ada yang pandang jer, ingatkan sebab kenal, rupanya dia tengok kerana tertarik dengan baju.. (cam perasaan sendiri je bila kak emy cakap tengok manik.. apa pun tq kakak yg cute)..